独立行政法人国立高等専門学校機構 宇部工業高等専門学校

EnglishVietnamese
目的別

vol.5 チョン ジュン イ

vol.5
チョン ジュン イ


所属:機械工学科

出身国:マレーシア

留学期間:2019年4月~2022年3月

日本に留学しようと思ったきっかけは?
Apa yang membuatkan anda membuat keputusan untuk belajar di Jepun?

日本に興味を持ったきっかけは、小学生の頃から「ドラえもん」「名探偵コナン」など日本の漫画をよく読んでいたことかもしれません。よくコンビニや書店に行って中国語版の漫画を買いました。食べ物や祝日など色々な日本の文化を受け入れていたので、一度は日本に行ってみたいと思っていました。高校の時、進路のことを考え、大学で機械工学を勉強しようと決めました。自動車・ロボティクス技術のレベルが高く、治安と環境も優れている日本への留学を決意し、日本留学の奨学金を申請しました。

Sejak di sekolah rendah, saya banyak membaca manga Jepun seperti “Doraemon” dan “Detective Conan”, dan mula berminat dengan negara Jepun. Saya selalu pergi ke kedai serbaneka atau kedai buku untuk membeli manga yang diterjemahkan ke bahasa Cina. Saya didedahkan dengan pelbagai budaya Jepun seperti makanan dan perayaan di Jepun, yang membuatkan saya ingin melawat ke Jepun suatu hari nanti. Semasa di sekolah menengah, saya mula berfikir tentang masa depan saya dan memutuskan untuk belajar kejuruteraan mekanikal di universiti. Saya berhasrat untuk belajar di Jepun, yang mempunyai tahap teknologi automobil dan robotik yang tinggi, serta keselamatan dan persekitaran yang baik, oleh itu, saya telah memohon biasiswa untuk belajar di Jepun.


どのような経緯で日本に留学したのですか?また、留学先に宇部高専を選んだ理由は?
Bagaimanakah anda dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Ube? Selain itu, mengapa anda memilih kolej ini sebagai destinasi pengajian di luar negara?

マレーシア政府派遣留学の奨学金を利用しています。高校卒業後、奨学金の面接を受け、無事に合格して日本に留学することができました。来日する前にマレーシアで2年間の予備教育を受け、日本語だけではなく、数学・物理学・化学も日本語で勉強しました。希望学科に応じて、他のマレーシア人の学生は異なる高専に配属されました。2019年の春に宇部高専機械工学科3年に編入することになりました。

Saya datang ke Jepun bawah program biasiswa kerajaan Malaysia untuk belajar di luar negara. Selepas tamat sekolah menengah, saya berjaya lulus temuduga, dan mendapat tawaran biasiswa untuk belajar di Jepun. Sebelum datang ke Jepun, saya bukan sahaja belajar Bahasa Jepun tetapi juga Matematik, Fizik dan Kimia dalam bahasa Jepun dalam program persediaan di Malaysia selama dua tahun. Kosen yang akan kami masuk telah diputuskan mengikut kursus yang dikehendaki. Pada musim bunga 2019, saya telah masuk ke tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal di Ube Kosen.


宇部高専ではどう過ごしていますか?
Bagaimanakah anda menghabiskan masa anda di Institut Teknologi Ube?

sp_foreignstu_03_02

短期留学生と
Pelajar antarabangsa jangka pendek

sp_foreignstu_03_05

浴衣体験(右がジュンイさん)
Pemakaian yukata (kanan: Jun Yi)

最初に来た時は日本語でコミュニケーションを取りにくかったですが、先生と同級生がいつも優しく助けてくれていました。日本での生活に慣れてきて、今ではたくさんの友達に囲まれながら研究や勉強をしています。また、寮では、料理をしたり映画を見たりし、自由な時間を過ごしています。
3年生の時、長期・短期留学生の皆はよく集まって、一緒に食べたり話し合ったりして、楽しかったです。残念ながら、コロナ禍で、ほとんどのイベントがキャンセルされ、短期留学生も来られなくなってしまいました。コロナの影響により登校禁止など色々な大変なことになりますが、宇部高専では楽しくて充実した生活を送ることができています。

Awal-awalnya, saya tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Jepun, tetapi guru-guru dan rakan-rakan sekelas saya sentiasa sudi membantu saya. Saya sudah biasa dengan kehidupan di Jepun, dan kini saya membuat kajian dan belajar sambil dikelilingi kawan-kawan baik saya. Selain itu, di asrama, saya dapat menggunakan masa lapang saya untuk memasak dan menonton filem. Semasa saya di tingkatan tiga, pelajar antarabangsa jangka panjang dan jangka pendek sering berkumpul dan makan sambil berbual-bual. Namun, kebanyakan aktiviti telah dibatalkan disebabkan pandemik, dan pelajar antarabangsa jangka pendek tidak dapat datang ke Jepun. Walaupun terdapat pelbagai kesukaran seperti penutupan sekolah, kehidupan saya di Ube Kosen adalah menyeronokkan dan memuaskan.


宇部高専(または日本)に来て印象深かった出来事があれば教えてください。
Sila beritahu kami tentang sebarang acara yang menarik perhatian anda apabila anda datang ke Kolej Teknologi Kebangsaan Ube (atau Jepun).

sp_foreignstu_03_04

作った雪玉
Bola salji

2021年1月に宇部で大雪が降りました。友達と一緒に雪遊びを楽しみました。学校内で道路から駐車場まで何回も回して、皆で雪玉を転がして大きくしました。結局、直径1メートル以上の雪玉ができました。本当に重くて、転がすのに4人分の力も要りました。疲れましたが、初めての雪だるま作りは楽しかったです。

Salji turun dengan lebat di Ube pada Januari 2021. Saya dapat bermain salji dengan rakan-rakan saya. Kami menolak bola salji dalam kawasan sekolah dari jalan ke tempat letak kereta berkali-kali untuk menjadikannya lebih besar. Akhirnya, bola salji dengan diameter lebih 1 meter telah dihasilkan. Bola salji tersebut sangat berat dan memerlukan empat orang untuk menggerakkannya. Walaupun penat, saya seronok membuat bola salji buat kali pertama.


宇部高専ではどんなことを学びましたか?
Apakah yang anda pelajari di Kolej Teknologi Kebangsaan Ube?

製図の授業で、Solidworksを用いた製品の設計とシミュレーションを学びました。そして、実習工場で旋盤、フライス盤、3Dプリンターなどの機械を利用し、実際に製品を作り上げることによって、ものづくりのスキルを身に付きました。また、卒業研究では、LiDAR(レーザー測域センサ)を搭載した移動ロボットによる地図作成の研究を通して、自動車の自動運転技術に関する知識を習得できました。
また、「日本事情」という授業があって、書道、華道、茶道、浴衣など日本特有の文化を体験することができました。

Dalam kelas lukisan mekanikal, saya telah belajar cara mereka bentuk produk dan melakukan simulasi menggunakan Solidworks. Saya juga memperoleh kemahiran pembuatan dengan menghasilkan produk menggunakan mesin-mesin di bengkel seperti mesin pelarik, mesin pengilangan dan pencetak 3D. Dalam projek tamat pengajian saya, saya dapat belajar ilmu tentang teknologi pemanduan autonomi melalui pengajian tentang penghasilan peta menggunakan robot yang dilengkapi dengan LiDAR (sensor jarak laser). Selain itu, dalam kelas hal ehwal Jepun, saya berpeluang merasai budaya Jepun yang unik seperti kaligrafi, gubahan bunga, upacara minum teh dan pemakaian yukata.

今後の目標を教えてください。
Apakah matlamat anda untuk masa hadapan?

宇部高専を卒業した後、東京工業大学に編入します。技術者になるため欠かせない知識・能力を習得し、帰国後は機械の自動化や人工知能により母国と世界に貢献していきたいです。

Selepas menamatkan pengajian di Ube Kosen, saya akan menyambung pelajaran di Institut Teknologi Tokyo. Saya ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang jurutera, dan selepas kembali ke Malaysia, saya ingin menyumbang kepada negara saya dan dunia melalui teknologi automasi dan AI.


留学を考えている後輩たちにメッセージをお願いします
Pesanan kepada junior yang terfikir nak belajar di luar negara.

家族を離れ、他国に留学することは怖いと感じるかもしれませんが、視野を広げる上、さまざまな国籍の友達や、語学力を得ることができ、とても貴重な経験ができると信じています。また、その国に行かなければ分からない生活や習慣を実際に感じて、有意義な時間を過ごすこともできます。ぜひ皆さんもチャレンジしてみませんか。

Walaupun susah untuk meninggalkan ahli keluarga untuk belajar di negara lain, saya percaya bahawa pengalaman itu adalah sangat berharga untuk meluaskan pandangan anda, berkawan dengan orang dari negara yang berbeza dan mempelajari bahasa baru. Anda juga dapat merasai gaya hidup dan adat resam yang tidak akan anda tahu sehingga melawat ke negara itu. Sila mencabar diri anda!


このページを印刷する

ページ上部へ