独立行政法人国立高等専門学校機構 宇部工業高等専門学校

EnglishVietnamese
目的別

vol.4 モハマド シャズワン ビン モハマド ファウジ

vol.4
モハマド シャズワン ビン モハマド ファウジ


所属:物質工学科

出身国:マレーシア

留学期間:2019年4月~2022年3月

秋芳洞にて
Di gua Akiyoshi

日本に留学しようと思ったきっかけは?
Apa yang membuatkan anda membuat keputusan untuk belajar di Jepun?

高校時代は、日本の学習プログラムに関するニュースをよく聞いていて、それ以来、海外で留学生になる夢をもっていました。 日本を選んだ理由は、日が昇る太陽の国・日本とマレーシアが非常に良い外交関係を持っていたからです。 日本はアジアでも高く評価されている国であり、現代の進んだテクノロジーを持っています。ここでさらに勉強することができれば、知識を広げる良い機会になります。また、日本で勉強していた先輩とよく連絡を取り、彼の話や経験を聞いて、日本で勉強したいという気持ちが強くなりました。

Ketika zaman sekolah menengah, saya sering mendengar berita berkaitan program belajar di negara dan sejak pada itu saya memasang cita-cita untuk menjadi salah seorang daripada pelajar tersebut. Antara sebab saya memilih Jepun adalah kerana Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan negara matahari terbit ini. Jepun juga merupakan negara yang sangat dikagumi di Asia serta mempunyai teknologi yang sangat moden dan perkara ini merupakan satu peluang untuk saya mengembangkan pengetahuan sekiranya saya dapat melanjutkan pelajaran di sini . Di samping itu, saya sering berhubung dengan senior yang belajar di Jepun dan setelah mendengar cerita dan pengalaman beliau, keinginan saya untuk belajar di sini semakin kuat.

どのような経緯で日本に留学したのですか?また、留学先に宇部高専を選んだ理由は?
Bagaimanakah anda dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Ube? Selain itu, mengapa anda memilih kolej ini sebagai destinasi pengajian di luar negara?

高校卒業後、マレーシア政府の奨学金プログラムに応募しました。 面接試験を受ける必要があり、選ばれた場合は2年間の日本語学習コースが提供されます。そのためには日本に行く前に文部科学省の試験に合格しなければなりませんでした。 日本での勉強場所は日本政府が決めるのであって、自分で学校を選ぶことはできません。ただ、宇部高専で勉強できたことは私にとって大変良いことでした。

Setelah tamat pelajaran di sekolah menengah, saya memohon program yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Kami perlu menghadiri temuduga dan jika terpilih kami akan ditawarkan kursus untuk belajar Bahasa jepun selama 2 tahun. Kami perlu melepasi satu peperiksaan yang dipanggil Monkashou sebelum berlepas ke Jepun. Kami tidak dapat memilih tempat untuk belajar di Jepun kerana perkara ini ditetapkan oleh pihak Japan. Tetapi belajar di kolej ini adalah satu anugerah buat saya.

宇部高専ではどう過ごしていますか?
Bagaimanakah anda menghabiskan masa anda di Institut Teknologi Ube?

sp_foreignstu_03_02

広島の原爆ドームに行きました
Lawatan ke tempat peninggalan Bom Atom Hiroshima

sp_foreignstu_03_05

日本文化の体験
Merasai budaya Jepun

午前中から授業に出席し、午後の授業が終わると、放課後は体育館でバレーボールの練習をしました。 週末には魅力的な場所への小旅行、書道のイベントなど、学校がさまざまな活動を計画してくれるため、宇部高専での生活はとても幸せです。日本文化も体験できてとても嬉しかったです。

Pada siang hari saya menghadiri kelas dan apabila habis sesi persekolahan, saya pergi berlatih bola tampar di dewan sekolah. Kehidupan di Kolej Teknologi Ube sangat gembira kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti lawatan sambil belajar ke destinasi yang menarik dan acara-acara seperti shodou dan sadou membuatkan kami lebih gembira untuk untuk mengenali budaya Jepun.

宇部高専(または日本)に来て印象深かった出来事があれば教えてください。
Sila beritahu kami tentang sebarang acara yang menarik perhatian anda apabila anda datang ke Kolej Teknologi Kebangsaan Ube (atau Jepun).

宇部高専物質工学科の実験は、私にとって非常に印象深かったです。 物質工学科の学生として、実験は私にとって切っても切れないものです。私たちは毎週さまざまな実験を行っており、マレーシアと比較して異なる範囲の知識と経験を得ることができました。 実験をするために日本語で試薬の名前を覚えたり、実験を終えて夜遅くに帰寮したりしましたが、良い実験結果が出ると大変嬉しい気持ちになります。実験では喜びと苦しみの両方を味わいました。また、実験ではクラスメートと話をすることで仲良く過ごすことができました。

Setelah sampai ke Jepun, eksperimen di kelas merupakan perkara yang sangat menarik buat saya. Sebagai seorang pelajar dalam bidang kimia, eksperimen merupakan perkara yang tidak asing buat saya. Kami menjalankan eksperimen yang berbeza setiap minggu dan hasil daripada perkara ini, saya memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang sangat berbeza jika dibandingkan di Malaysia. Ketika menjalankan eksperimen, terdapat perkara suka dan duka yang saya alami seperti perlu menghafal nama bahan dalam Bahasa Jepun, terpaksa pulang lambat untuk menyiapkan eksperimen dan tidak lupa juga kegembiraan sekiranya dapat menjalankan eksperimen baik di samping dapat mengenali kawan-kawan di kelas dengan lebih rapat lagi.

宇部高専ではどんなことを学びましたか?
Apakah yang anda pelajari di Kolej Teknologi Kebangsaan Ube?

sp_foreignstu_03_04

バレーボール部の試合にて
Acara bola Tampar

宇部高専では、専門の基礎から応用に至るまで様々なことを学びました。先生や友達はとても親切で、疲れを感じることなく指導してくれます。クラブ活動では3年生からバレーボール部に参加し、日本人学生と一緒に練習しました。 監督や友達の指導やサポートの結果、さまざまな大会に出ることができ、人生で最高の経験の1つになりました。

Di sini, saya belajar pelbagai perkara bermula dari sudut pembelajaran sehinggalah ke sudut kedewasaan. Guru-guru dan kawan-kawan di kelas amatlah baik dan mereka memberikan tunjuk ajar tanpa rasa penat lelah. Sejak tahun ke-3 lagi, saya menyertai kelab bola tampar dan berlatih bersama-sama pelajar jepun. Hasil didikan jurulatih dan kawan-kawan, saya dapat belajar dan menyertai pelbagai pertandingan serta menjadikannya satu pengalaman yang terbaik dalam hidup saya.

今後の目標を教えてください。
Apakah matlamat anda untuk masa hadapan?

大学に進学し、卒業後にはマレーシア政府の留学条件を満たすため、マレーシアに帰国します。 宇部高専で習得した知識をすべて活用し、マレーシアの技術の発展に貢献しようと思います。マレーシアで立派なエンジニアになりたいと思います!

Saya ingin menghabiskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah dan setelah itu saya ingin pulang ke Malaysia demi memenuhi syarat yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Saya akan cuba untuk menggunakan segala ilmu yang diperoleh di sini dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang gah di mata dunia.

留学を考えている後輩たちにメッセージをお願いします
Pesanan kepada junior yang terfikir nak belajar di luar negara.

留学はとても大変ですが、様々な苦労をすることなく良い経験することはできません。ですから、留学を続けたいと思っている後輩には、この機会を利用して、今より優れた人になるために、自分の快適ゾーンから飛び出してください。

Belajar di luar negara sangat mencabar tetapi saya percaya disebalik kesusahan pasti ada kegembiraan. Jadi kepada junior yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara, rebutlah peluang ini dan keluar daripada zon selesa anda supaya kita menjadi lebih baik.

このページを印刷する

ページ上部へ